Thursday, July 9, 2009

Pungguk rindukan bulan…

Kian hari kian menebal rindu ini kepada sidia,Namun apa kan daya kerinduaan ini tidak berbalas ku sedar keaadaan ini amat merbahayakan diri ini jika berterusan namun apakan daya tiada pengganti sehingga sekarang.bunga yang kusayang-sayang kembang dijambangan orang itulah kehidupan, aku dan dia kini dipisahkan jauh oleh laut china selatan,darjat dan masa.setiap hari selalu aku bertanya masih adakah sang matahari selepas sang suria terbenam,aku masih disini bersama cinta yang tak pernah pudar untuk dirinya. Dan masih setia menanti dirimu ……………………

-mat cool-

Friday, April 10, 2009

Mgk yang terakhir....


Bagi ku semalam mungkin yang terakhir aku melihat sidia di fasttrack kerana semalam merupakan hari yg paling last untuk kelas pada sem ni selepas ini tiadalagi kelas dan terus final exam..dan mgk kenangan semalam adalah merupakan perkara yang paling last untuk aku dan sidia di fast track .....
Dan mgk juga bas yg terakhir untuk aku dan dia bersama-sama..
Susah untuk digambarkan perasaan ini kerana ku sedar akan suatu hari nanti aku mgk kehilangan kelibat dia dalam pandangan aku...... dia akan abis pengajiaan pada sem ni dan aku hanya akan habis pengajiaan aku pada sem depan....... mgk selepas tu aku tak akan jumpa dia lagi .....payah nak gambarkan perasaan ini hanya tuhan sahaja yang tahu apa yang aku rasa .... aku sedar yang suatu hari nanti aku pasti akan kehilangan dia juga totally ,,,,,

Apakah nasib aku menyintai insan yang membenci diri ini....

Masih segar lagi dalm ingatan aku semalam sewaktu aku terserempak sidia di hadapan pejabat Lecturer semalam...
Sidia yg yang berbaju hijau...bertudung dan berseluar putih terus sahaja berpaling dari arah ku selepas melihat aku...semalam...

Namun tidak mengapalah dia mgk akan berubah suatu hari nanti..."mgk" adalah satu harapan tapi aku tak tahu bila masanya atau pun tidak akan langsung....

Boleh kah aku melupakan nya suatu hari nanti.....

Mgklepas ni aku akan rehat sekejap dalam mengupdate blog sebab lepas ni aku nak study utk preparation final ni nanti insyaAllah kl ader masa aku akan update balik...

Tuesday, April 7, 2009

permulaan aktiviti pagi...

Kertas - Kekasih Yang Tak Dianggap

aku mentari tapi tak menghangatkanmu
aku pelangi tak memberi warna di hidupmu
aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan

selalu itu yg kau ucapkan padaku

reff:
sebagai kekasih yang tak dianggap
aku hanya bisa mencoba mengalah
menahan setiap amarah

aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan

repeat reff

sebagai kekasih yang tak dianggap
aku hanya bisa mencoba bersabar
ku yakin kau kan berubah

repeat reff

6IXTH SENSE - tanpa

resah yang ku
ubah dalam kata
melukiskan kesunyian
tanpa engkau aku tak mengerti


meski
pagi itu menatapi
akan sunyi tanpamu
menemani aku sepi

tanpa..
cintamu aku resah
tanpa..
kasihmu aku hampa
tanpa..
dirimu aku nanti
hooo…


(ulang chorus x2)

Kini benar-benarku rasakan
dalam benuk hatiku tanpamu
aku tak mengerti
takut
takut jauh cari dirimu
kan kau tinggalkan aku sendiri
tanpamu ku mati
hooo…

resah yang ku
ubah dalam kata
melukiskan kesunyian
tanpa engkau aku tak mengerti

Search (M Nasir)

Fantasia Bulan Madu

Demi cintaku pada mu
Ke mana saja kan ku bawa
Ku hujung dunia ke bintang
Kejora

Demi cintaku padamu
Kukorbankan jiwa dan raga
Biar pun harus ku telan
Lautan bara

Bulan madu di awan biru
Tiada yang menggangu
Bulan madu di atas pelangi
Hanya kita berdua
Mengecap nikmat cinta
Yang putih tak terbendung
Sesuci embun pagi

Andai dipisah
Laut dan pantai
Musnahlah ilham
Hilang pedoman

Andai dipisah
Cahaya dan bulan
Gelap gelita
Musnah asmara


"tah lar setiap kali pagi aku mesti dengar lagu ni dah jadi macam system pulak .... cam rasa tak kena pulak klu tak dengar lagu ni...abis jerk solat suboh terus masuk bilik pasng lagu ni and terus wat assignment..
emm bagi aku biarlah aku simpan simpan baik2 kat kotak fikiran kenangan aku dan dia mungkin klu nak lupakan pun mungkin kena hilang ingatan sekejap kot hahaha cam stairway to the heaven lark"alar citer korea tu" hahaha.... klu boleh jgn lar sbb aku syg sgt kenangan tu ngan dia... kadang2 bila aku pikirkan balik kenangan2 tu yang buatkan aku lebih hidup untuk menjalani kehidupan ini kerana bagi aku dia lah cinta pandang pertama bagi aku selama 25 thn hidup kat dunia peww... Jiwang2 biasalah cinta dunia memang cam ni jiwang tahap garban sampai mandi tak basah mkn tak kenyang tidur tak lena cinta dunia ni tak best tapi kan manusia memang degil nak jugak cintakan dunia walhal Cinta akhirat sebenarnyer lagi kekal sampai bila2 .........
aku lain K aku cintakan dia kerana mengagumi ciptaan yg maha pencipta..... kerana izin Allah lah aku berjumpa dengan nyer dan boleh terlekat pulak sampai sekarang walaupun dia dah tak layan aku dan dari situ baru aku sedar betapa ruginyer aku apabila nikmat kurniaan yang dipinjamkan ditarik balik .........
sampai kan aku pelik kenapa aku boleh cintakan dia walaupun aku sedar kekurangan nyer ......
biarlah masa yang menentukan.... jika ader jodoh aku ngan dia maka ader lah Dia jika tidak Allah lebih maha mengatahui akan disebalik tersurat dan tersirat dalam setiap perkara.... mesti ader yang terbaik menanti aku suatu hari nanti...... klu bukan dia mgk org lain........".Matecool.


Monday, April 6, 2009

Minggu yang paling sibuk


Sibuk benar minggu ni apataknyer semua assignment nak kena hantar minggu ni jugak pening di buatnyer emm biasalah kehidupan seorang student walaupun sem ni final aku cuma 2 subjek tapi assignment cam nak rak... berduyun2 datang ... klu awek takper lah ni tak... assignment2..
hahah.. heaven lar klu awek berduyun tu ...

Tapi sekang ni kat dunia mmg biasalah byk masalah byk jugak jln penyelesaiian...
penyelesaiiaan yang mudah ialah seperti ini:
  • first step Copy and paste and modified
  • Second step jadikan assignment tu cam kita yang punya...bagi mengaburi pihak yang berkuasa.... hahaha
  • Third step pegi print binding and jgn lupa antar on time hahahahah....
tapi aku jarang wat benda2 ni cam expecially yang 1 and 2 step tu........ yang 3 tu biasalah.

Msg untuk student luar sana tu...
"jangan lar ko tiru cam step1 and 2 tu time klu dah terdesak sebab dari ko tiru baik ko wat sendiri sebab mesti tak best klu kedapatan kan hahah... dek Lecturer "

Hari ni aku selalu dengar lagu yang jiwang tahap garban punya cam dealove , tanpa - 6 sanse, kekasih yang tak dianggap - kertas ......and bla2 dan tak lupa lagu yang pernah aku dengar ngan dia masa kat dwn mkn cluster A Fantasia bulan madu - search....
entah makin kuat rasa rindu ni kat dia macam makin ader satu kekuatan bagi aku untuk menjalani kehidupan ini dgn penuh keyakinan emm....... pelik bukan.....Dari situ baru aku tahu rasanyer mengnyayangi seseorang yang bukan sayangkan diri ini....kekadang Cinta tak semestinya dibalas.... cukuplah perasaan itu dijaga oleh sebuah pihak sahaja...... :)


Isk 2
Waaaaa...........aku nak stop sekejap lar tulis blog ni sebab byk sgt aku punya assignment yang nak disattelkan mlm ni ka lah ....pause to be continue,,,

Sunday, April 5, 2009

Kenapa kita perlu jatuh cinta pada sesuatu yang kita tahu akan kekurangannyer?


Sebenarnya hidup ini sungguh pelik especially Cinta kekadang selalu diri ini bertanya kenapa aku jatuh cinta pada seorang yang telah aku tahu akan kelemahan dan kekurangannyer adakah kerana cinta itu Buta dan adakah kerana aku telah buta kerana cinta....
sampai sekarang diri ini masih tertanya2 akan kebenaran sebuah persoalan ini...
aku tak paham kenapa aku masih lagi ingin kan sidia walaupun aku tahu akan reality tidak memihak kepada aku...
aku sedar memang itu lah hakikatnyer...

Mungkin diri ini telah bersedia menerima apa jua kelemahan dan kekurangan sidia kerana cinta yang amat mendalam yang jauh tertanam dilubuk hati ini...
pernah aku terpikir semakin dalam cinta aku dan rindu aku terhadap sidia dan makin dekatlah aku terhadap penciptanya...
Dari situlah mulanya aku mkin kerap solat kerana terpikirkan perasaan yang sangat mendalam ini...
Sebenarnyer ader bagusnyer kejadiaan ini kerana Allah tidak akan mensia-siakan hambanyer Allah beri aku rindu dan sayang supaya lebih rapat kepadanyer dan supaya aku lebih kerap beribadat agar aku dapat mengenali nikmat sebenar ibadat itu...

"setiap yang terjadi itu akan ader hikmahnyer"


Kekadang aku terpikir jugak kenapa aku ditakdirkan berjumpa si dia dan kenapa kehadirannya didalam diriku membawa perubahan yang besar didalam diri ini...
Jika dahulu sebelum bertemu dirinyer aku jarang memikirkan perihal perempuan dan jarang sekali aku bercakap dengan kaum hawa....
tetapi pelik aku rasa selesa pula dgn kehidupan aku begitu dan tanpa aku sedari sebenarnya aku telah membazirkan masa muda dengan tidak menghayati nikmat dunia ini....
tanggapan aku dahulu bahawa lelaki boleh hidup tanpa perempuan kerana perempuan hanya menyusahkan sahaja didalam kehidupan seorang lelaki yang telah sedia Lasak , simple , lonely ranjer , more advanture and byak lagi...kiranyer best lagi hidup seperti itu yang bebas dan kurang memikirkan soal cinta bahkan dahulu aku sering mengutuk couple2 yang berada di sekeliling aku.... bukan cemburu ker dengki tapi rasa hak lelaki seakan dicabar dan tergugat apabila ader lelaki yang sangup mengenepikan haknyer dan kuasa nyer kerana hanya ingin menjaga perasaan kaum hawa tersebut... hahaha... lemahnyer lelaki ini itulah adala perkara yang terlintas dlm pemikiran aku ketika dahulu ketika melihat situasi tersebut....

Ternyata kehadirannyer yang tidak pernah terlintas dalam pemikiran ini pada masa dahulu merupakan titik permulaan yang bakal mengubah persepsi aku terhadap perempuan....
padmulanya aku hanya menganggap yang si dia adalah seperti sebuah perhentian yang hanya utk seketika namun tanggapan aku meleset sama sekali.....
Mmg ku jujur dgn nyer namun jika diminta apakah buktinya.... bagaimanakah harus aku buktkan agar dapat diterima olehnya....
Namun begitu aku punya cara.. bagiku "action is louder then word " bagi ku ini sahaja yang harus dan dapat aku lakukan kerana aku tak punya kata2 semanis pujangga , untuk memebuktikan niat aku....cukuplah sekadar tindakan yg lepas dan selanjutnya yang akan ku lakukan bagi ku itu saja yang mampu ku lakukan......

Mgk ada yang menganggap yg aku ni gila bayang tapi aku sedar semua itu gila bayang itu sebenarnya still ader harapan walaupun kabur drp langsung takder harapan....sekurang kita masih ader effort kat situ.... walaupun jauh akan ku kejar.....setinggi mana pun akan ku daki tapi satu jer yang sentiasa aku ingat dan aku buat ia sebagai peringatan dalam kotak permikiran ini iaitu jika aku gagal dalam mission ini aku tak akan menyesal kerana aku telah berjuang dan bersaing dalam merebut cinta sidia ..... aku tak akan menyesal kerana Jodoh dan pertemuaan itu adalah dari Allah ... manusia hanya boleh merancang... Allah yang menentukan...Klu dah bukan jodoh keluar air mata darah sekalipun pasti tidak akan menjadi ......Biarlah diwaktu ini walaupun dia telah bercouple sekurang2 nyer dia belum menjadi milik org iaitu isteri org kiranyer aku still ader peluang kat situ... aku akan kejar dia sampai dia kawin klu dia dah kawin aku tak akan kacau dia lagi sebab dia dah jadi milik org dan aku paham bab 2 agama ni berdosa kita menggangu ketenangan rumah tangga orang.....Bagi aku kalu dia bahagia dgn pilihan dia aku pun tumpang bahagia melihat dia bahagia dengan orang tersayang....
-matecool-

Perkara yang perlu tau tentang CINTA




Perkara yang perlu tau tentang CINTA
  • Cinta mmg tidak boleh dipaksa kerana jika dipaksa maka ada yang terluka..
  • Cinta mgk akan kembali lagi tapi mgk susah untuk diterima jika Cinta lama semakin kuat..
  • Cinta pasti akan mendekatkan hubungan manusia dengan pencipta jika cinta itu adalah ikhlas...
  • adakah cinta itu bermusim?...
  • jika cinta itu ikhlas akan adakah persoalan ini?
  • Cinta yang ikhlas mendidik manusia menjadi lebih dewasa....
  • Cinta boleh berubah jika cinta itu diselimuti dengan kepentingan jangka pendek...
  • Cinta merupakan suatu perkara yang sukar digambarkan dan diterjemaahkan melalui pertuturan semata2 kerana cinta melibatkan perasaan syg seseorang terhadap sesuatu..
  • Cinta lebih dihargai melalui tindakan bukan pertuturan tetapi jika kedua2nyer berjalan serantak kebahagiaan milik kita...
  • Cinta pertama sukar untuk berjaya tatapi cinta pertama jugak sukar untuk dilupakan...
  • Cinta dapat mengaburi mata kita kerana apabila reality dihempap imiginasi maka segala fakta menjadi auta dan yang auta tetap auta....
  • Cinta memberi manusia lebih peluang untuk menderita kerana menderita itu merupakan satu kenikmatan kepada golongan pecinta.

The unforgoten event....

Hari yang penuh dengan teka teki

aku tak paham kenapa perempuan suka bergambar..
mmg sifat dia suka bergambar itu jelas sepanjang penalitian aku dan mmg sukar utk dinafikan...
kadang2 aku Cemburu jugak ialah lelaki siapa yang tak cempuru apabila melihat perempuan yang dicintai ambil gambar dgn lelaki lain sehingga diri ini terpikir adakah ada lagi peluang aku untk dia jika masa itu terjadi..
Sidia yang serba biru itu mmg jelas kelihatn kecantikan nyer... di waktu malam pra graduan itu ..... bertudung biru berkot biru ...
mmg tidak dinafikan sepanjang progrem itu bermula sehingga akhir mata aku tak pernah lupa untuk mencari kelibat si dia....
sekurang2 nyer hajat aku selama 2 thn ini telah termakbul untuk pergi ke malam pragraduan dan sambut bersama2 dia walaupun tak pernah bertegur...
pada mula nyer berdebar2 hati ini apabila hendak masuk ker dewan tersebut apabila memikirkan status part 8 aku tapi apabila aku melihat sidia tiba2 aku rasa seperti mood tersebut tiba2 muncul iaitu
perasaan yang telah sedia ader apabila mula2 melangkah keluar dari cluster dan semangat utk graduate cepat semakin berkobar .....
dan ingin cepat2 membuktikan kata2 roslan itu adlah salah..
aku sedar mgk sidia tidak lagi mengingin kan aku... tapi itulah dia perasaan ini susah untuk dilupakannnyer namun biarlah ia menjadi warna warna dalam kehidupan ini...
susah untuk digambarkan perasaan ini rindu jka tidak berjumpa tapi rasa kecil sgt diri ini utk dia jika berdepan dgn nyer...
itulah aku ...
Bekas dihati ini sukar utuk dihilamgkan....walaupun dia telah berpaling utk aku...biarlah aku menjaga perasaan ini....agar dpt dijadikan sebuah cerita utk hari tua aku...
hajat dihati mmg mahu menegur namun apakan daya diri ini terlampau susah utk d pujuk bertindak sedemikiaan...apa yg terlintas dihati aku sewaktu itu adalah biarlah dia berbahagia bersama insan yg dia pilih
Dan selalu dilindungi dan dijauh drp perkara2 yg boleh memudharat dia serta keluarga dia insyaAllah moga dimakbulkan doa ini...itu jer perkara yg terlintas difikiran aku sepanjang malam pragraduan itu berjalan yang mampu aku lakukan ..... sekadar melihat dari jauh sahaja....
Last sekali dpt juga aku satu bas dgn dia dan bersemuka dgn dia walaupun hanya mendengar kata2 hati aku yang penuh teka teki ...namun itulah kisah ku dan sidia sepanjang malam pragraduaan itu.....