Sebenarnya hidup ini sungguh pelik especially Cinta kekadang selalu diri ini bertanya kenapa aku jatuh cinta pada seorang yang telah aku tahu akan kelemahan dan kekurangannyer adakah kerana cinta itu Buta dan adakah kerana aku telah buta kerana cinta....
sampai sekarang diri ini masih tertanya2 akan kebenaran sebuah persoalan ini...
aku tak paham kenapa aku masih lagi ingin kan sidia walaupun aku tahu akan reality tidak memihak kepada aku...
aku sedar memang itu lah hakikatnyer...
Mungkin diri ini telah bersedia menerima apa jua kelemahan dan kekurangan sidia kerana cinta yang amat mendalam yang jauh tertanam dilubuk hati ini...
pernah aku terpikir semakin dalam cinta aku dan rindu aku terhadap sidia dan makin dekatlah aku terhadap penciptanya...
Dari situlah mulanya aku mkin kerap solat kerana terpikirkan perasaan yang sangat mendalam ini...
Sebenarnyer ader bagusnyer kejadiaan ini kerana Allah tidak akan mensia-siakan hambanyer Allah beri aku rindu dan sayang supaya lebih rapat kepadanyer dan supaya aku lebih kerap beribadat agar aku dapat mengenali nikmat sebenar ibadat itu...
"setiap yang terjadi itu akan ader hikmahnyer"
Kekadang aku terpikir jugak kenapa aku ditakdirkan berjumpa si dia dan kenapa kehadirannya didalam diriku membawa perubahan yang besar didalam diri ini...
Jika dahulu sebelum bertemu dirinyer aku jarang memikirkan perihal perempuan dan jarang sekali aku bercakap dengan kaum hawa....
tetapi pelik aku rasa selesa pula dgn kehidupan aku begitu dan tanpa aku sedari sebenarnya aku telah membazirkan masa muda dengan tidak menghayati nikmat dunia ini....
tanggapan aku dahulu bahawa lelaki boleh hidup tanpa perempuan kerana perempuan hanya menyusahkan sahaja didalam kehidupan seorang lelaki yang telah sedia Lasak , simple , lonely ranjer , more advanture and byak lagi...kiranyer best lagi hidup seperti itu yang bebas dan kurang memikirkan soal cinta bahkan dahulu aku sering mengutuk couple2 yang berada di sekeliling aku.... bukan cemburu ker dengki tapi rasa hak lelaki seakan dicabar dan tergugat apabila ader lelaki yang sangup mengenepikan haknyer dan kuasa nyer kerana hanya ingin menjaga perasaan kaum hawa tersebut... hahaha... lemahnyer lelaki ini itulah adala perkara yang terlintas dlm pemikiran aku ketika dahulu ketika melihat situasi tersebut....
Ternyata kehadirannyer yang tidak pernah terlintas dalam pemikiran ini pada masa dahulu merupakan titik permulaan yang bakal mengubah persepsi aku terhadap perempuan....
padmulanya aku hanya menganggap yang si dia adalah seperti sebuah perhentian yang hanya utk seketika namun tanggapan aku meleset sama sekali.....
Mmg ku jujur dgn nyer namun jika diminta apakah buktinya.... bagaimanakah harus aku buktkan agar dapat diterima olehnya....
Namun begitu aku punya cara.. bagiku "action is louder then word " bagi ku ini sahaja yang harus dan dapat aku lakukan kerana aku tak punya kata2 semanis pujangga , untuk memebuktikan niat aku....cukuplah sekadar tindakan yg lepas dan selanjutnya yang akan ku lakukan bagi ku itu saja yang mampu ku lakukan......
Mgk ada yang menganggap yg aku ni gila bayang tapi aku sedar semua itu gila bayang itu sebenarnya still ader harapan walaupun kabur drp langsung takder harapan....sekurang kita masih ader effort kat situ.... walaupun jauh akan ku kejar.....setinggi mana pun akan ku daki tapi satu jer yang sentiasa aku ingat dan aku buat ia sebagai peringatan dalam kotak permikiran ini iaitu jika aku gagal dalam mission ini aku tak akan menyesal kerana aku telah berjuang dan bersaing dalam merebut cinta sidia ..... aku tak akan menyesal kerana Jodoh dan pertemuaan itu adalah dari Allah ... manusia hanya boleh merancang... Allah yang menentukan...Klu dah bukan jodoh keluar air mata darah sekalipun pasti tidak akan menjadi ......Biarlah diwaktu ini walaupun dia telah bercouple sekurang2 nyer dia belum menjadi milik org iaitu isteri org kiranyer aku still ader peluang kat situ... aku akan kejar dia sampai dia kawin klu dia dah kawin aku tak akan kacau dia lagi sebab dia dah jadi milik org dan aku paham bab 2 agama ni berdosa kita menggangu ketenangan rumah tangga orang.....Bagi aku kalu dia bahagia dgn pilihan dia aku pun tumpang bahagia melihat dia bahagia dengan orang tersayang....
-matecool-